Tuesday, October 26, 2010

LAPORAN FOREX MENGGUNAKAN ROBOT.

• LANGKAH-LANGKAH UNTUK INSTALL FOREX AUTO KIT

o Tetapan kit

i. Klik open folder FOREX AUTO KIT.
ii. Klik butang kanan mouse SIGTrader4, pilih PROPERTIES, pilih OPEN FILE LOCATIAN dan kemudian folder “expert”.

Gambarajah FOREX AUTO KIT



o Tetapan matawang

i. Klik file, pilih new chat, pilih senarai mata wang digunakan seperti USDCHF.
ii. Skrin bagi matawang USDCHF akan paparkan.
iii. Pilih symbol candlestick dan besarkan gambaran candle tersebut dengan menggunakan symbol zoom +.
iv. Hilangkan grid pada skrin dengan klik kanan mouse pada skrin tersebut dan pilih Grid.
v. Tukar warna pada candlesticks. Klik butang kanan tetikus pada gambar candlestick dan pilih properties.
vi. Tukarkan warna “Background”, ”Bar Up” : red, “Bar Down”; lime, ”Bull Candle”: red, ”Bear Candle”: lime, klik“OK”.


o Tetapan 5 indicator

- Untuk setup 5 indicator adalah seperti yang telah dinyatakan pada setup forex sebelumnya. Pilihan warna yang digunakan dalam tetapan 5 indicator FOREX AUTO KIT adalah seperti berikut :

1. BrainTrend1sig
• Pilihan warna ialah Magenta dan Aqua

2. BrainTrend2sig
• Pilihan warna ialah Blue dan Yellow

3. MACD2
• Pilihan warna ialah Blue, Red dan Green

4. MACD2Coloured
• Pilihan warna Lime, Red dan Yellow
• Mindiff : 1.5

5. Moving average
• Pilihan warna ialah Deenpink, EMA : 200.
• MA method ialah Exponential


o Gambarajah M1, H1 dan H4

• M1 (minit 1)




• H1 (hour 1)






• H4 (hour 4)






• KEUNTUNGAN DARI PENGGUNAAN FOREX AUTO KIT


BUAT DUIT DENGAN FOREX………..!!

Anda menghadapi masalah HUTANG??!! Dibebani hutang keliling pinggang. Kami ada satu formula yang dapat membantu anda!!
Ingin tahu lebih lanjut?? Jom….ikuti website www.techim-3254.blogspot.com

HUTANG, HUTANG, HUTANG???!!! TIDUR SAMPAI TERMIMPI-MIMPI..hutang sana, hutang sini. Duit tak pernah cukup. Semua benda nak pakai duit!! Bergerak ckit kuar duit… nak masuk tandas pon kene 20 sen(duit tuu walaupon nilai nya kecik)… dalam otak nie pikir D.U.I.T.
nak-nak student macam kita nie.. nak harapkan duit pinjaman jer??? Huh!! Tak cukup….. kenelah usaha cara lain. Soooooooooo………..
Apa tunggu lagi. Bertindak lah sekarang!!!
JOM MAIN FOREX.
Dengan forex, anda dapat menjana wang dengan cara yang teramat mudah

TANPA berbelanja satu sen pun!
TANPA ada pejabat
TANPA risiko yang tinggi
TANPA pengetahuan tinggi

Apa yang anda perlukan??

1. Diri anda
2. Komputer peribadi
3. Sambungan internet (broadband pon kira ok..(^_^))
4. Kerusi dan meja

Bagaimana saya dapat lipat –gandakan wang dengan forex tanpa perlu mengadap komputer berjam2??

Untuk mengaut keuntungan dengan FOREX ini TIPS yang amat berharga:
• Pengetahuan asas mengenai forex
• System yang berkesan (yang dapat membantu anda membuat analisis dengan tepat)

Beribu2 produk system FOREX yang terdapat dipasaran namun pilihan di tangan anda. Jadi buatlah pilihan yang bijak untuk menjadi FOREX TRADER yang BERJAYA…!!!!

Jadi...sistem apakah yang saya gunakan didalam trading harian saya..??? saya pasti anda sedang berteka- teki, betul kan?? =)

Kami ada penyelesaian terbaik buat anda dengan…………FOREX AUTO KIT!!!
..




Keberkesanan FOREX AUTO KIT.


Program pengurusan BUY dan SELL dengan mudah yang di lakukan oleh FOREX AUTO KIT!!

Sistem ini amat mudah digunakan, saya telah mengujinya dan hasilnya amat berkesan!!.
Hm!!Anda bila lagi…..?? peluang sudah di depan mata, terpulang pada anda mahu atau tidak. Kami tidak memaksa TETAPI pikir2 la dengan BIJAK..!! “bukan halangan, hanya peluang.” =)
Sistem luar biasa yang membuatkan anda bagaikan menjadi seorang pakar dalam bidang Forex meskipon baru sahaja menceburkan diri dengan Forex, kerana :

 anda tidak perlu bersusah payah membuat analisis berjam-jam,
 hanya menantikan isyarat belian BUY atau SELL sahaja!

System ini bukan sahaja mampu membiakkan duit dalam masa yang singkat,tapi ianya boleh dibuat berulang kali mengikut kehendak hati anda. Semua nya terletak di hujung jari anda!!

Hanya RM50.00 anda mampu miliki sistem ini. Jika dibandingkan dengan apa yang anda akan perolehi.
Berbaloi atau tidak..???

Anda masih ragu-ragu program ini??
tidak mengapa!
kerana kami akan menghapuskan segala kebimbangan anda semua dengan
JAMINAN WANG AKAN DIKEMBALIKAN.


USAH TUNGGU LAGI!!
DAPATKAN KIT INI SEGERA
DAN MULA MENGAUT UNTUNG
BERSAMA KAMI MELALUI FOREX.




Hanya RM50 sahaja!!
Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U.COM
Anda mahukan kit ini?? hubungi kami di email techim_3245@gmail.com
PELUANG DI TANGAN ANDA!!

Tuesday, August 17, 2010

Tugasan 2 : Indicator Forex

Pendahuluan

Kebanyakan daripada kita mengalami masalah wang yang tiada penghujungnya. Masalah kewangan sentiasa membelenggu kotak pemikiran kita, tidak kiralah pelajar atau para pekerja yang telah sedia mempunyai pekerjaan tetap. Ada satu cara yang dapat membantu kita keluar dari belenggu ini.Jawapannya, FOREX. Peluang sudah terbuka luas didepan mata. Hanya menanti kita untuk merebut peluang yang ada.
Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan FOREX.

FOREX

Forex adalah suatu bidang pelaburan yang cukup luas melibatkan perdagangan matawang asing. Ia melibatkan ramai pelabur dari seluruh dunia menggunakan jaringan internet. Ia merupakan singkatan dari FOREIGN EXHANGE atau bahasa melayunya pertukaran mata wang asing.

Asas FOREX

Alligator
Alligator adalah sebuah konsep indikator teknikal dari Bill Williams untuk mengetahui trend harga. Ia merupakan penggabungan dari tiga(3) buah Moving Average iaitu : 5,8,13. Ia dapat digunakan pada grafik M30 (30 minit) dan H1 (1 jam). Indikator ini dapat didapati pada software Metatrader.

Analisis Teknikal
Buat permulaannya, kita perlu menganalisa Forex dari aspek teknikal untuk mengukur pergerakan harga melalui grafik harga. Perkara yang patut diketahui dari analisa teknikal ini adalah trend, kejenuhan, support, ressisten, dan Pivot Point.

Margin
Margin adalah jaminan dalam trading forex. Istilah ini terkait dengan Leverage. Jika Leverage 1:100 untuk mini Account(kontrak 10.000), maka margin yang digunakan adalah sebesar 100 satuan mata uang. Bertrading USD/CHF dengan margin $100. Bertrading EUR/USD dengan 100 EURO atau $130 jika rate EUR/USD saat itu adalah di 1.3000.
Pip
Pip adalah nilai 1 poin naik atau turunnya pergerakan harga. Untuk mini account, nilai 1 poinnya adalah $1, untuk standart account adalah $10.

CARA- CARA INSTALL ALLIGATOR
i. Brain Trend1 Sig.ex4
Langkah-langkah

a. Klik pada Common Navigator, pilih Folder Custom Indicator.
b. Pilih Brain Trend1 Sig
c. Setkan common, inputs, colours and visualization.




ii. Brain Trend2Sig.ex4
Langkah-langkah

a. Klik pada Common Navigator, pilih Folder Custom Indicator.
b. Pilih Moving Average
c. Setkan common, inputs, colours, levels and visualization.




iii. GMACD_Signals.ex4
Langkah-langkah

a. Klik pada Common Navigator, pilih Folder Custom Indicator.
b. Pilih GMACD
c. Setkan common, inputs, colours, levels and visualization.




iv. MACD2.ex4

Moving Average Convergence / Divergence merupakan penunjuk yang dinamik mengikuti tren seterusnya. Hal ini menunjukkan hubungan antara dua harga rata-rata bergerak.
The Moving Average Convergence / Divergence Penunjuk teknikal adalah perbezaan antara tempoh 26-dan 12-tempoh eksponen Moving Average (EMA). Untuk jelas menunjukkan membeli / menjual kesempatan, garis isyarat yang disebut (9 tempoh-penunjuk `moving average’) diplot pada graf MACD.

MACD membuktikan paling efektif di pasaran perdagangan lebar-ayun. Ada tiga cara popular untuk menggunakan Moving Average Convergence / Divergence: Crossover, overbought / keadaan oversold, dan perbezaan.

Langkah-langkah

a. Klik pada Common Navigator, pilih Folder Custom Indicator.
b. Pilih MACD
c. Setkan common, input, colour,levels and visualization.




v. MACDcoloredv102.mq4

Langkah-langkah

a. Klik pada Common Navigator, pilih Folder Custom Indicator.
b. Pilih MACDcoloredv102
c. Setkan common, inputs, colours, levels and visualization.




vi. RSI
Indeks Kekuatan Relatif Teknikal Penunjuk (RSI) merupakan grafik harga-berikut yang berkisar antara 0 dan 100. Ketika Wilder memperkenalkan Indeks Kekuatan Relatif, ia disarankan menggunakan RSI 14-hari. Sejak itu, 9-hari dan 25-hari penunjuk Indeks Kekuatan Relatif juga mendapatkan populariti.


Cara untuk menggunakan Indeks Kekuatan Relatif grafik analisa:

• Had Atas dan Had Bawah
Had atas bagi Indeks Kekuatan Relatif biasanya berada pada nilai 70 dan had bawah berada pada nilai 30. Biasanya keadaan ini mesti mengalami kadar turun dan naik di antara had atas dan had bawah ini sebelum carta harga menurun;

• Formasi Chart
RSI sering membentuk pola grafik seperti kepala dan bahu atau segitiga yang mungkin atau mungkin tidak terlihat pada grafik harga.

• Failure Swing
Di sinilah Indeks Kekuatan Relatif melebihi nilai (tertinggi) atau berada di bawah titik terendah (melalui).

• Tahap Sokongan dan rintangan
Kadang –kala Indeks Kekuatan Relatif lebih jelas dilihat daripada harga , tahap sokongan dan rintangan.


• Divergensi
Sebagaimana dibincangkan di atas, perbezaan terjadi ketika harga mengalami perubahan (kenaikan atau penurunan) yang tidak disahkan oleh quality baru (atau rendah) dalam Indeks Kekuatan Relatif. Harga diandaikan betul dan bergerak ke arah RSI.

Langkah-langkah

a. Klik pada Common Navigator, pilih Folder Custom Indicator.
b. Pilih RSI
c. Setkan common, inputs, colours, levels and visualization.




vii. Moving Average
Alligator Technical Indicator merupakan suatu garis keseimbangan yang menggunakan geometri fraktal dan Nonlinear Dinamik.
• Garisan biru (Alligator’s Jaw) merupakan garis keseimbangan untuk kerangka masa yang digunakan untuk membina carta (13-tempoh menstabilkan Moving Average, pindah ke masa depan dengan 8 bar)
• Garisan merah (Alligator’s Teeth) adalah garis keseimbangan untuk nilai kerangka masa bagi 8 bar ke bawah(8-tempoh menstabilkan moving average digerakkan oleh 5 bar ke masa depan);
• Garisan Hijau (Alligator’s Lips) merupakan titik keseimbangan bagi nilai kerangka masa , satu tahap lebih rendah (5 tempoh Moving average yang stabil, bergerak 3 bar ke hadapan).

Terdapat empat jenis moving average iaitu Simple (juga disebut sebagai geometri), eksponen, Smoothed dan Linear Weighted.

Langkah-langkah

a. Klik pada Common Navigator, pilih Folder Custom Indicator.
b. Pilih Moving Average
c. Setkan common, inputs, colours, and visualization.

Saturday, July 24, 2010

TUGASAN PERTAMA

Maybank2u.com

Pada 23 Julai 2010 jam 9.30 pagi, kami diberi tugas untuk membuka akaun Maybank2u.com.my. Memandangkan tiada seorang pun diantara kami yang memiliki akaun Maybank, jadi perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuka akaun. Kami bersetuju untuk menggunakan nama Hamidah Binti Mohamad Salleh untuk membuka akaun tersebut. Oleh itu kami bertiga mengunjungi cawangan Maybank di Parit Raja. Kami ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan maklumat bagi membuka akaun. Seorang pegawai Maybank iaitu Encik Ja’afar, memberi penerangan lengkap dan membantu kami membuka akaun Maybank2u.com.

Berikut adalah prosedur yang dilakukan :
a. Membuka akaun Maybank.
i. Untuk membuka akaun baru sehelai sehelai salinan kad pengenalan bersaiz A4 diperlukan dan diserahkan ke kaunter pertanyaan untuk tindakan selanjutnya.
ii. Menunggu giliran untuk proses membuka akaun (Buku Akaun dan kad ATM diterima).
iii. Mengisi Borang CA 97C SFM (Simpanan/ Deposit).
iv. Memasukkan sejumlah wang iaitu RM270.00 sebagai wang permulaan akaun.
v. Setelah akaun siap, kami ke mesin ATM Maybank untuk menukar nombor PIN kad ATM.

Langkah-langkah menukar nombor PIN

i. Masukkan kad ke dalam mesin ATM dan pilih “Teruskan”.
ii. Masukkan nombor PIN dan tekan Enter.
iii. Pilih “Lain-lain urusniaga” dan Pilih penukaran Nombor PIN.
iv. Masukkan Nombor PIN baru.
v. Masukkan Nombor PIN baru sekali lagi untuk pengesahan.
vi. Transaksi diterima dan proses tamat.
vii. Keluarkan Kad ATM Maybank.

b. Pendaftaran Maybank2u.com
Langkah pertama : Daftar katalaluan Maybank2u di mesin ATM.

i. Masukkan kad ATM dan tekan Nombor PIN.
ii. Pilih “Permohonan Maybank2u/Perbankan Telefon”.
iii. Pilih “PIN Laluan Maybank2u” (cipta 6 digit nombor PIN).
iv. Setelah proses diterima, pilih Menu Utama.
v. Pilih “Daftar TAC Telefon Bimbit”.
vi. Masukkan nombor telefon bimbit.
vii. Proses diterima dan nombor pendaftaran TAC telefon bimbit diberi.
viii. Proses tamat.

Langkah kedua : Daftar Maybank2u Online.

i. Layari laman web www.maybank2u.com.my
ii. Klik “First Time Login”.
iii. Masukkan nombor Akses kad (16 digit yang terdapat pada kad).
iv. Masukkan nombor PIN (6 digit katalaluan).
v. Klik “Activate”.
vi. Cipta “Username”(6-12 karakter).
vii. Katalaluan (8-12 kombinasi nombor dan huruf).
viii. Sahkan semula katalaluan diatas.

PENDAHULUAN

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..
Untuk subjek DIT3254, kami telah menubuhkan sebuah kumpulan bagi melaksanakan tugasan kumpulan yang akan diberikan. Nama kumpulan kami adalah Techno Impact, yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Hamidah Binti Mohamad Salleh (Ketua), Nan Hayati Binti Long Abdul Wahab dan Roshamiza Binti Hamzah.