Saturday, July 24, 2010

TUGASAN PERTAMA

Maybank2u.com

Pada 23 Julai 2010 jam 9.30 pagi, kami diberi tugas untuk membuka akaun Maybank2u.com.my. Memandangkan tiada seorang pun diantara kami yang memiliki akaun Maybank, jadi perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuka akaun. Kami bersetuju untuk menggunakan nama Hamidah Binti Mohamad Salleh untuk membuka akaun tersebut. Oleh itu kami bertiga mengunjungi cawangan Maybank di Parit Raja. Kami ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan maklumat bagi membuka akaun. Seorang pegawai Maybank iaitu Encik Ja’afar, memberi penerangan lengkap dan membantu kami membuka akaun Maybank2u.com.

Berikut adalah prosedur yang dilakukan :
a. Membuka akaun Maybank.
i. Untuk membuka akaun baru sehelai sehelai salinan kad pengenalan bersaiz A4 diperlukan dan diserahkan ke kaunter pertanyaan untuk tindakan selanjutnya.
ii. Menunggu giliran untuk proses membuka akaun (Buku Akaun dan kad ATM diterima).
iii. Mengisi Borang CA 97C SFM (Simpanan/ Deposit).
iv. Memasukkan sejumlah wang iaitu RM270.00 sebagai wang permulaan akaun.
v. Setelah akaun siap, kami ke mesin ATM Maybank untuk menukar nombor PIN kad ATM.

Langkah-langkah menukar nombor PIN

i. Masukkan kad ke dalam mesin ATM dan pilih “Teruskan”.
ii. Masukkan nombor PIN dan tekan Enter.
iii. Pilih “Lain-lain urusniaga” dan Pilih penukaran Nombor PIN.
iv. Masukkan Nombor PIN baru.
v. Masukkan Nombor PIN baru sekali lagi untuk pengesahan.
vi. Transaksi diterima dan proses tamat.
vii. Keluarkan Kad ATM Maybank.

b. Pendaftaran Maybank2u.com
Langkah pertama : Daftar katalaluan Maybank2u di mesin ATM.

i. Masukkan kad ATM dan tekan Nombor PIN.
ii. Pilih “Permohonan Maybank2u/Perbankan Telefon”.
iii. Pilih “PIN Laluan Maybank2u” (cipta 6 digit nombor PIN).
iv. Setelah proses diterima, pilih Menu Utama.
v. Pilih “Daftar TAC Telefon Bimbit”.
vi. Masukkan nombor telefon bimbit.
vii. Proses diterima dan nombor pendaftaran TAC telefon bimbit diberi.
viii. Proses tamat.

Langkah kedua : Daftar Maybank2u Online.

i. Layari laman web www.maybank2u.com.my
ii. Klik “First Time Login”.
iii. Masukkan nombor Akses kad (16 digit yang terdapat pada kad).
iv. Masukkan nombor PIN (6 digit katalaluan).
v. Klik “Activate”.
vi. Cipta “Username”(6-12 karakter).
vii. Katalaluan (8-12 kombinasi nombor dan huruf).
viii. Sahkan semula katalaluan diatas.

0 comments:

Post a Comment